Friday, April 10, 2009

Khasiat Madu Lebah Tualang Asli

Dengan Izin Allah S.W.T: Madu lebah Tulen dapat menyembuhkan penyakit-penyakit berikut:-

Lelaki & Wanita
1.Melancarkan perjalanan haid.
2.Menghilangkan keputihan.
3.Membantu menerangkan penglihatan.
4.Memulihkan tenaga zahir & batin.
5.Masalah buah pinggang & pundi kencing.
6.Memulihkan tenaga secara menyeluruh
7.Meningkatkan prestasi mental.
8.Mengurangkan kolestrol dalam badan.
9.Memperlahankan proses penuaan.
10.Menegangkan permukaan kulit terutama di bahagian muka.

Lain- Lain Penyakit

Diabetes
Mati pucuk
Darah Tinggi
Kanser
Resdung
Lemah Jantung
Lelah @ asma
Melawas 2 saluran
Batuk & kahak
Mengeluarkan angin
Kelesuan
gangguan Gout
saraf & sendi

UJIAN KEASLIAN MADU LEBAH

1.Titiskan madu di atas kertas. Madu asli tidak akan tiris iaitu basah di permukaan sebelah.

2.Asingkan telur kuning dari putih telur. campur 2 sudu besar madu lebah bancuhkan, kuning telur akan masak sekiranya kandungan sulfur tinggi dalam madu. Sekiranya kuning telur tidak masak ia tidak bererti madu itu tidak tulen, perlu uji ujian lain. Ia bergantung pada jenis tanah dan dikawasan mana pokok yang mengeluarkan bunga itu.

3.Ambil sesudu madu, kemudian masukkan ke dalam air putih dalam gelas jernih. Madu Asli lebih tumpat daripada air, maka ia jatuh laju ke permukaan bawah tanpa larut.

4.Ambil sebatang mancis dan sapukan Madu Asli di bahagian belerang kemudian goreskan manis tersebut.Ini akan menjadikan mancis menyala.

5.Masukkan madu ke dalam plastik aiskrim.Kemudian simpan di dalam freezer. Madu Asli tidak akan beku atau keras.(Madu kenyal seperti agar-agar/jeli dan cair selepas 10 minit di keluarkan dari freezer)

6. Tuang pada tapak tangan lebih kurang satu sudu bau aroma madu dan rasa. Anda tentu dapat merasa perbezaan rasa madu dari bunga. Kemudian ramas ia tidak melekit. Sekiranya ianya gula ia akan melekit membuatkan anda mencari air untuk membasuhnya.

7. Madu lebah adalah dari klas gula tetapi ia bukan dari jenis gula tebu dan gula kabung yang diklaskan gula komplek, tetapi madu adalah dari manisan bunga yg telah diproses dalam perut lebah menjadi gula ringkas. Bau mereka tentu berbeza, ada jenis semut yang degil akan datang medekati walaupun madu asli kecuali madu yang dari bunga yg mempunyai bahan panas. (Sila lihat senarai bahan dalam madu dan jenis jenis bunga sepanjang tahun).

8. Dalam istilah sains sekarang madu berstruktur nano atau lebih kecil lagi, ia dapat menyerap masuk ke kulit manusia dan tidak meninggalkan kesan melekit . Oleh yang demikian tak hairan lah pusat kecantikan menggunakan madu lebah tualang dalam campuran mask atau bahan untuk rawatan muka.

Pengetahuan Umum Madu Lebah

Jenis-jenis Lebah Madu
1. Spesies-spesies yang telah boleh dipelihara/ternak
1.1 Apis cerana
Apis cerana merupakan lebah madu asli Asia yang menyebar mulai dari Afganistan, China, Jepun sampai Indonesia. Cara ternaknya sebagian besar masih tradisional, yaitu di dalam kotak. Ternakan secara modern iaitu didalam kotak (steuep) yang dapat dipindah-pindahkan. Produksi madu Apis cerana dalam setahun dapat menghasilkan 2 – 5 kg madu per koloni.

1.2 Apis mellifera
Apis mellifera merupakan lebah madu import dari Italia yang memiliki temperamen tidak ganas, mudah diternak dan ukuran tubuhnya lebih besar dari Apis cerana. Produksi madunya sangat banyak iaitu dalam setahun dapat mencapai 20 – 60 kg madu per koloni. Spesies lebah madu ini sangat sesuai untuk usaha ternak lebah madu untuk skala komersial.

2. Spesies-spesies lebah madu yang belum dapat dipelihara/ternak
2.1 Apis dorsata
Apis dorsata hanya berkembang di Asia seperti; India, Philipina, China dan Indonesia. Madu dari spesies ini dikenal sebagai madu alam atau madu hutan. Di Indonesia spesies lebah madu tersebut hanya terdapat di pulau Sumatera, Maluku, Irian Jaya, Kalimantan, Sulawesi, Nusa Tenggara Barat dan Nusa Tenggara Timur. Sarang Apis dorsata dibangun secara tunggal dengan sisiran sarang hanya selembar. Sarang tersebut digantung dicabang pohon dan tebing batuan. Produksi madunya dalam setahun dapat menghasilkan 15 - 25 kg madu per koloni.

2.2 Apis florea
Apis florea terdapat di Oman, Iran, India dan Indonesia. di beberapa tempat lebah madu Apis florea dapat hidup bersama-sama dengan Apis mellifera, Apis cerana dan Apis dorsata. Produksi madunya dalam setahun hanya sekitar 1 – 3 kg madu per koloni.


Mengapa Madu ini tidak boleh disimpan di dalam peti ais?

Madu paling baik disimpan dalam suhu lebih kurang 20 darjah Celsius.Madu ini mempunyai sifat higroskopis iaitu berupaya menyerap lembapan dan cairan dan ini baik bagi penggunaan mengawal kanak-kanak yang kencing semasa tidur. Madu ini juga membantu untuk tidur yang lebih nyenyak kerana sifat sedatifnya (menenangkan saraf) yang lembut. Madu juga mempunyai sifat laksatif yang ringan. Apabila madu disimpan di dalam peti ais, sebahagian dari sifat dan keupayaan semulajadinya akan berkurangan dan akan menyebabkan nilai perubatannya turut berkurang. Adalah satu perkara yang merugikan jika ini berlaku sedangkan madu ini tidak pun akan menjadi rosak jika disimpan ditempat yang biasa kita menyimpan gula dan garam. Asal sahaja kita tidak membiarkan ia terdedah kepada udara dan serangga.

Ada orang mengatakan madu asli tidak akan didekati oleh semut?

Kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali. Madu mengandungi manisan/gula. Walau bagaimanapun manisan/gula ini tidak sama dari segi bentuk/struktur semulajadinya. Gula madu tidak sama dengan gula tebu (sukrosa). Gula madu terdiri dari Dekstrosa dan Levulosa dalam sekitar (75-83%). Dekstrosa boleh segera diserap ke dalam darah manakala Levulosa lebih lambat sedikit bagi mengawal keseimbangan gula dalam darah. Oleh yang demikian adalah mustahil sama sekali semut tidak mendekati madu ini.

Madu tempatan mengandungan sulfur dan kuprum yang lebih tinggi dalam madu tempatan menyebabkan madu ini bersifat panas, justeru itu semut yang mempunyai deria sensitif tidak akan memasuki tapi ada jenis semut tertentu mendekati madu tempatan tetapi tidak masuk kedalam madu.

Apakah kelebihan Madu berbanding gula dalam bentuk lain?

1. Madu tidak mengganggu saluran pencernaan.
2. Mudah dan cepat diasimilasi (proses menukarkan makanan berzat kepada tisu hidup).
3.Cepat memenuhi permintaan tenaga.
4.Meningkatkan kemampuan para olahragawan dan orang-orang lain yang memerlukan tenaga baru dalam waktu yang relatif singkat.
5. Dari segala bentuk gula yang ada, madu merupakan yang paling mudah ditangani oleh ginjal.
6. Mempunyai kesan laksatif ringan dan bersifat semulajadi.
7. Memiliki nilai sedatif yang menenangkan tubuh.
9. Secara relatif ia tidak terlalu mahal.

Mengapakah Madu ini lebih baik dimakan begitu sahaja tanpa dicampur ke dalam air?
Madu secara semulajadinya telah dijadikan Allah untuk diminum terus kerana ia telah dicernakan di dalam perut lebah terlebih dahulu. Apabila dicampur ke dalam air, tentu sekali sifat semulajadinya akan terjejas atau menjadi cair khususnya dari segi nilai perubatannya. Oleh yang demikian dicadangkan bagi orang dewasa dan kanak-kanak, minumlah madu secara terus mengikut sukatan yang dicadangkan manakala bagi bayi dicadangkan madu tersebut dicampur sedikit air untuk memudahkan proses pengambilan. Risalah berkenaan cara pemakanan Madu berdasarkan testimoni pengguna yang telah sembuh setelah mengikut cara yang disyorkan itu.

KANDUNGAN UMUM MADU LEBAH

Air/ Water 16-25%
Clevulose & Dextosure 75-83%
Sukros/ Sucrose 5%
Dextrin, Maltose, Gum 1-12%
Galian/ Minerals 0.25%
Lain-lain/ Others 20.75%