1.Titiskan madu di atas kertas. Madu asli tidak akan tiris iaitu basah di permukaan sebelah.
2.Asingkan telur kuning dari putih telur. campur 2 sudu besar madu lebah bancuhkan, kuning telur akan masak sekiranya kandungan sulfur tinggi dalam madu. Sekiranya kuning telur tidak masak ia tidak bererti madu itu tidak tulen, perlu uji ujian lain. Ia bergantung pada jenis tanah dan dikawasan mana pokok yang mengeluarkan bunga itu.
3.Ambil sesudu madu, kemudian masukkan ke dalam air putih dalam gelas jernih. Madu Asli lebih tumpat daripada air, maka ia jatuh laju ke permukaan bawah tanpa larut.
4.Ambil sebatang mancis dan sapukan Madu Asli di bahagian belerang kemudian goreskan manis tersebut.Ini akan menjadikan mancis menyala.
5.Masukkan madu ke dalam plastik aiskrim.Kemudian simpan di dalam freezer. Madu Asli tidak akan beku atau keras.(Madu kenyal seperti agar-agar/jeli dan cair selepas 10 minit di keluarkan dari freezer)
6. Tuang pada tapak tangan lebih kurang satu sudu bau aroma madu dan rasa. Anda tentu dapat merasa perbezaan rasa madu dari bunga. Kemudian ramas ia tidak melekit. Sekiranya ianya gula ia akan melekit membuatkan anda mencari air untuk membasuhnya.
7. Madu lebah adalah dari klas gula tetapi ia bukan dari jenis gula tebu dan gula kabung yang diklaskan gula komplek, tetapi madu adalah dari manisan bunga yg telah diproses dalam perut lebah menjadi gula ringkas. Bau mereka tentu berbeza, ada jenis semut yang degil akan datang medekati walaupun madu asli kecuali madu yang dari bunga yg mempunyai bahan panas. (Sila lihat senarai bahan dalam madu dan jenis jenis bunga sepanjang tahun).
8. Dalam istilah sains sekarang madu berstruktur nano atau lebih kecil lagi, ia dapat menyerap masuk ke kulit manusia dan tidak meninggalkan kesan melekit . Oleh yang demikian tak hairan lah pusat kecantikan menggunakan madu lebah tualang dalam campuran mask atau bahan untuk rawatan muka.
servis kete
1 week ago
No comments:
Post a Comment