Wednesday, June 17, 2009

Perkembangan baru dalam usaha Kajian Perubatan menggunakan MADU LEBAH TUALANG

Berita Harian

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Datuk Shariff Abdul Aziz (duduk,kanan) bersama Dekan Fakulti Patologis dan Pendidikan Perubahan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian Prof Dr Nor Hayati Othman (tengah) menunjukkan madu Agromas keluaran Fama ketika sidang akhbar. Hasil kajian universiti mendapati madu lebah tualang boleh meningkatkan tahap imunisasi badan terhadap serangan sebarang penyakit.
Foto: Zahari Razak
USM Temui Khasiat Madu Lebah Untuk Rawat Luka Bernama, 6 Feb 2008 KHASIAT MADU…

KOTA BAHARU, 5 Feb (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini mengumumkan penemuan baru khasiat madu lebah yang didapati boleh mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan rasa sakit.

"Ini adalah penemuan awal dalam kajian oleh pensyarah USM terhadap khasiat madu lebah, khususnya Madu Tualang, setakat ini," kata Dekan Fakulti Patologis dan Pendidikan Perubahan USM Prof Nor Hayati Othman.
Beliau berkata USM dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) membuat 20 kajian terhadap Madu Tualang sehingga ini dan mendapati ia memberikan kesan positif kepada tubuh manusia.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat khas berhubung khasiat madu lebah, katanya madu lebah itu didapati mempunyai khasiat yang tinggi dan boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit.

Beliau berkata antaranya termasuk berupaya melewatkan menopaus di kalangan wanita berusia, merawat penyakit diabetis, menguatkan tulang dan meningkatkan hormon di dalam badan wanita.

Nor Hayati berkata Fama akan menjadi pembekal madu tualang untuk kajian jangka panjang yang dibuat oleh USM, dan menurutnya untuk tahun ini pihaknya memerlukan 1,300 kilogram madu tualang bagi tujuan itu.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment