Monday, July 13, 2009

Testimoni Pesakit yang mengamalkan pengambilan Madu Lebah TA (Tualang Asli)

Dari Kalangan Ahli Keluarga.

1. Emak saya menghadapi penyakit kencing manis lebih kurang 8 tahun, sekarang menjalani rawatan biasa dihospital, dulu mula dengan ambil ubat pil dan sekarang terpaksa mengambil injection insulin bila perlu. Keadaan emak saya agak lemah dan menghadapi masalah usus dan penghadaman. Doa dan kata semangat saya berikan supaya teruskan apa jua usaha termasuk pengambilan madu lebah tualang. Saya akan uji keaslian setiap stok simpanan madu saya kerana madu yang palsu dan campuran bahan lain mengundang masalah yang kritikal kepada pesakit. Alhamdulilah setakat ini emak saya dapat bertahan dan agak cergas. Pengambilan madu beliau agak tidak tetap seperti abang saya yang kedua.

2. Ayah saya pula menghadapi masalah kedua-dua belah buah pinggang kecut dan memerlukan bantuan mesin cuci darah setiap selang sehari. Berat badan turun mendadak, hilang selera makan. Lesu, semua zat, vitamin dan mineral banyak hilang ditapis oleh mesin. Tekanan darah turun sehingga 60/70, Doktor nasihat makan telur rebus 5-8 biji telur sehari. Pada April 2009 ayah saya mula mengamalkan pengambilan madu pada waktu pagi dan setiap kali bila pulang dari cuci darah. Pada Jun 2009, keputusan ujian pemeriksaan darah, doktor telah mengubah jadual cuci darah dari selang sehari kepada selang dua hari.

3. Saudara Ismail Bin Hj Mansor, merupakan abang sulong saya yang mengidap penyakit kencing manis mula tahu penyakit yg di hadapi pada tahun 2005. Menjalani rawatan biasa dihospital dengan mengambil ubat pil. Pengambilan madu lebah beliau sekejap sahaja kerana setiap kali makan madu beliau melakukan ujian darah di rumah dan bacaan naik jadi beliau takut untuk mengamalkan secara berterusan. Tapi beliau akui hilang lesu dan penat.

Nota: Dari segi logi dan simptom bagi pesakit kencing manis, paras gula dalam darah pesakit kencing manis adalah tinggi tetapi mereka masih merasa letih/lesu. Menunjukan kandungan gula dalam darah mereka adalah dari kelas gula yang tidak sesuai dengan keperluan sel badan. Proses penghadaman tidak sempurna menyebabkan pekara ini berlaku

4. Saudara Yusof Bin Hj Mansor, merupakan abang kedua saya yang mengidap penyakit kencing manis mula tahu penyakit yg di hadapi pada tahun 2006, kemudian beliau menghadapi masalah pada jari kaki. Keadaan agak mendukacitakan bila jari kaki beliau terpaksa di potong pada 29-8-2006. Selepas pencarian perubatan alternantif dan penemuan sumber bekalan madu lebah tualang asli ini pada tahun 2008 beliau mendapat keyakinan keaslian madu beliau telah mengamalkan pengambilan madu lebah TA pada April 2009, setiap kali selepas Solat Subuh dimana ketika perut masih kosong. Dengan selawat beliau tuang madu di atas tapak tangan (bersih) agak-agak satu sudu besar kemudian sisip, ulang 3 kali. Alhamdulilah keputusan ujian darah beliau adalah seperti di bawah :-

a) Laporan perubatan sebelum pengambilan Madu lebah bertarikh : 6/4/2009

Berat badan : 67 kg
ukuran pinggang : 88cm
tekanan darah : 110 : 70
Aras Gula : 15.5

b) Laporan perubatan selepas pengambilan Madu lebah bertarikh : 9/7/2009

Berat badan : 65 kg
ukuran pinggang : 80cm
tekanan darah : 90 : 70
Aras Gula : 13.9

No comments:

Post a Comment