Sel- sel memerlukan gula untuk terus hidup dan berfungsi. Gula terbahagi kepada dua kategori utama iaitu gula ringkas dan gula kompleks. Gula ringkas mudah hadam atau tidak perlu dihadam kerana ia boleh meresap terus ke dalam darah, bergantung jenis gula ringkas. Berbanding gula kompleks. Sel - sel hanya menerima jenis gula ringkas yang dibekalkan oleh aliran darah melalui saluran darah yang halus. Dalam post saya yang menerangkan
Dari segi logik dan simptom bagi pesakit kencing manis, paras gula dalam darah pesakit kencing manis adalah tinggi tetapi mereka masih merasa letih/lesu. Menunjukan kandungan gula dalam darah mereka adalah dari kelas gula yang tidak sesuai dengan keperluan sel badan walaupun banyak gula dalam darah mereka. Proses penghadaman tidak sempurna menyebabkan pekara ini berlaku. Oleh yang demikian pesakit perlu mengurangkan makan makanan yang mengandungi gula tinggi seperti nasi, air tebu, air berkarbonat, gula tebu dan lain-lain. Benar lah pesanan Rasulullah S.A.W penyakit berpunca dari perut. Semasa makan hendaklah kunyah 40 kali. Untuk mengatasi pekara ini perut yang bermasalah perlu dirawat dengan cara yang betul.
Kita lihat mereka yang perutnya sihat terutama mereka yang muda, perut pun muda, tapi sekiranya tidak menjaga dari awal ia akan menyebabkan perut menjadi lemah. Tak hairan lah sekarang ini remaja belasan tahun pun ada yang menghidapi penyakit kencing manis. Pelbagaikan jenis makanan anda dan amalkan mengunyah makanan sebaik mungkin iaitu 40 kali. Ini akan mengurangkan kuantiti makanan anda.
servis kete
1 week ago
No comments:
Post a Comment