Saturday, September 5, 2009

Permulaan yang betul dan bagaimana?

Blog madulebahta ini mengisarkan kelebihan madu lebah kepada kesihatan fizikal/badaniah/mental manusia dan ta itu bermaksud huruf ta dalam jawi, kerana ta itu huruf mulanya Tuah bagi mereka yakin pada ayat Allah. Ta juga bermaksud Tualang Asli, pokok tualang tinggi dan madu tualang ini adalah makanan kesihatan raja-raja setiap zaman. Hutan khatulistiwa mempunyai pelbagai flora hutan. Fikirkan kejadian Allah yang terbaik iaitu manusia yang mana jasadnya terbahagi kepada 3 Bahagian dan setiap bahagian mempunyai organ-organ dalam yang penting contohnya seperti:

1. Bahagian kepala : Otak, mata, hidung, organ dengar, mulut(gigi,lidah bibir), kerongkong, kelenjar.
2. Bahagian bahu hingga pusat: Paru-paru, jantung, perut, pankreas, hati, usus kecil, usus besar, buah pinggang.
3. Bahagian pusat kebawah: kelenjar prostet, pundi kencing, organ kemaluan lelaki/perempuan, dubur.

Semua 3 bahagian itu mempunyai talian perhubungan atau suis samada pada tapak kaki dan tapak tangan.(Rawatan alternatif urutan reflexilogy teknik luaran). Rujuk pada perintah Allah S.W.T supaya kita makan madu lebah dari Surah An Nahl ayat 69, menjadi penyembuh bagi manusia secara rawatan pemulihan dalaman seperti dalam khasiat madu lebah (blog archive april).

Monday, August 31, 2009

Ayat Al Quran menerangkan peranan dan sifat Lebah

What the Qur'an says about Honey Bee
http://www.youtube.com/watch?v=skQqSWKPGLU
THE MIRACLES OF THE QUR'AN- about Honey bee
http://www.youtube.com/watch?v=xfsimhlvK_k

Kemusnahan Alam Oleh tangan Manusia Durjana

Politik dunia perniagaan perubatan yang dikuasai oleh perubatan berasaskan DRUG bila manusia tidak menggunakan sumber alam yang dijadikan oleh Allah SWT. Apakah kita tertipu dari bergantung ubat betul betul merawat atau ubat DRUG yang meneyembunyikan penyakit dalam organ manusia itu sendiri.

* 2 Billion Honey Bees Gone !!!
http://www.youtube.com/watch?v=46bJ1tkytvc

*Britain's Honeybees going extinct
http://www.youtube.com/watch?v=57XLJM1v3oE

*Why Are Honeybees Disappearing?
http://www.youtube.com/watch?v=_RZv9BvQJ-A

*Are cellphones killing bees? or What effect to human brain?
http://www.youtube.com/watch?v=GNggimX_rGI

*Chemtrails Killed the Honey Bees - Secret NATO and UN operation! http://www.youtube.com/watch?v=6fobjR1Axf0&feature=email

*Killer Chemtrails: The Shocking Truth
http://www.youtube.com/watch?v=Psdg3OAw_a8

*New World Order and the Chemtrails Connection
http://www.youtube.com/watch?v=j8NmzfjIkI0

Thursday, August 13, 2009

Keperluan Gula Dalam Darah dan Jenis Gula

Sel- sel memerlukan gula untuk terus hidup dan berfungsi. Gula terbahagi kepada dua kategori utama iaitu gula ringkas dan gula kompleks. Gula ringkas mudah hadam atau tidak perlu dihadam kerana ia boleh meresap terus ke dalam darah, bergantung jenis gula ringkas. Berbanding gula kompleks. Sel - sel hanya menerima jenis gula ringkas yang dibekalkan oleh aliran darah melalui saluran darah yang halus. Dalam post saya yang menerangkan

Dari segi logik dan simptom bagi pesakit kencing manis, paras gula dalam darah pesakit kencing manis adalah tinggi tetapi mereka masih merasa letih/lesu. Menunjukan kandungan gula dalam darah mereka adalah dari kelas gula yang tidak sesuai dengan keperluan sel badan walaupun banyak gula dalam darah mereka. Proses penghadaman tidak sempurna menyebabkan pekara ini berlaku. Oleh yang demikian pesakit perlu mengurangkan makan makanan yang mengandungi gula tinggi seperti nasi, air tebu, air berkarbonat, gula tebu dan lain-lain. Benar lah pesanan Rasulullah S.A.W penyakit berpunca dari perut. Semasa makan hendaklah kunyah 40 kali. Untuk mengatasi pekara ini perut yang bermasalah perlu dirawat dengan cara yang betul.

Kita lihat mereka yang perutnya sihat terutama mereka yang muda, perut pun muda, tapi sekiranya tidak menjaga dari awal ia akan menyebabkan perut menjadi lemah. Tak hairan lah sekarang ini remaja belasan tahun pun ada yang menghidapi penyakit kencing manis. Pelbagaikan jenis makanan anda dan amalkan mengunyah makanan sebaik mungkin iaitu 40 kali. Ini akan mengurangkan kuantiti makanan anda.

Nanobees sting tumour : Bunuh sel cancer


Breaking News
Tory Leader: Duncan Is 'Right To Apologise'
'Nanobees sting tumours to death'
Tuesday, August 11 09:37 am
Buzz Up!
Print Story
Microscopic "nanobees" that literally sting tumours to death have been successfully used to fight cancer. Skip related content
Related photos / videos
'Nanobees sting tumours to death'
Researchers in the US unleashed swarms of the tiny artificial particles on human breast and skin tumours in mice.
Each spherical "nanobee", measuring just three millionths of an inch across, was armed with a cancer-killing toxin found in bee venom.
Targeting cancer but not healthy cells, the nanobees delivered a lethal "sting".
The bee toxin, melittin, destroys cells by drilling holes through them.
After four to five injections of melittin-carrying nanobees over several days, the growth of breast cancer tumours in the mice was slowed by nearly 25%.
Melanoma - or skin cancer - tumours shrank in size by 88%.
Professor Samuel Wickline, from the Siteman Centre of Cancer Nanotechnology Excellence at Washington University School of Medicine, said: "The nanobees fly in, land on the surface of cells and deposit their cargo of melittin which rapidly merges with the target cells.
"We've shown that the bee toxin gets taken into the cells where it pokes holes in their internal structures."
The nanobees are made of perfluorocarbon, an inert material used in artificial blood. Dr Wickline's team has been investigating their use in various medical applications, including the diagnosis and treatment of narrowed arteries and cancer.

Monday, July 13, 2009

Testimoni Pesakit yang mengamalkan pengambilan Madu Lebah TA (Tualang Asli)

Dari Kalangan Ahli Keluarga.

1. Emak saya menghadapi penyakit kencing manis lebih kurang 8 tahun, sekarang menjalani rawatan biasa dihospital, dulu mula dengan ambil ubat pil dan sekarang terpaksa mengambil injection insulin bila perlu. Keadaan emak saya agak lemah dan menghadapi masalah usus dan penghadaman. Doa dan kata semangat saya berikan supaya teruskan apa jua usaha termasuk pengambilan madu lebah tualang. Saya akan uji keaslian setiap stok simpanan madu saya kerana madu yang palsu dan campuran bahan lain mengundang masalah yang kritikal kepada pesakit. Alhamdulilah setakat ini emak saya dapat bertahan dan agak cergas. Pengambilan madu beliau agak tidak tetap seperti abang saya yang kedua.

2. Ayah saya pula menghadapi masalah kedua-dua belah buah pinggang kecut dan memerlukan bantuan mesin cuci darah setiap selang sehari. Berat badan turun mendadak, hilang selera makan. Lesu, semua zat, vitamin dan mineral banyak hilang ditapis oleh mesin. Tekanan darah turun sehingga 60/70, Doktor nasihat makan telur rebus 5-8 biji telur sehari. Pada April 2009 ayah saya mula mengamalkan pengambilan madu pada waktu pagi dan setiap kali bila pulang dari cuci darah. Pada Jun 2009, keputusan ujian pemeriksaan darah, doktor telah mengubah jadual cuci darah dari selang sehari kepada selang dua hari.

3. Saudara Ismail Bin Hj Mansor, merupakan abang sulong saya yang mengidap penyakit kencing manis mula tahu penyakit yg di hadapi pada tahun 2005. Menjalani rawatan biasa dihospital dengan mengambil ubat pil. Pengambilan madu lebah beliau sekejap sahaja kerana setiap kali makan madu beliau melakukan ujian darah di rumah dan bacaan naik jadi beliau takut untuk mengamalkan secara berterusan. Tapi beliau akui hilang lesu dan penat.

Nota: Dari segi logi dan simptom bagi pesakit kencing manis, paras gula dalam darah pesakit kencing manis adalah tinggi tetapi mereka masih merasa letih/lesu. Menunjukan kandungan gula dalam darah mereka adalah dari kelas gula yang tidak sesuai dengan keperluan sel badan. Proses penghadaman tidak sempurna menyebabkan pekara ini berlaku

4. Saudara Yusof Bin Hj Mansor, merupakan abang kedua saya yang mengidap penyakit kencing manis mula tahu penyakit yg di hadapi pada tahun 2006, kemudian beliau menghadapi masalah pada jari kaki. Keadaan agak mendukacitakan bila jari kaki beliau terpaksa di potong pada 29-8-2006. Selepas pencarian perubatan alternantif dan penemuan sumber bekalan madu lebah tualang asli ini pada tahun 2008 beliau mendapat keyakinan keaslian madu beliau telah mengamalkan pengambilan madu lebah TA pada April 2009, setiap kali selepas Solat Subuh dimana ketika perut masih kosong. Dengan selawat beliau tuang madu di atas tapak tangan (bersih) agak-agak satu sudu besar kemudian sisip, ulang 3 kali. Alhamdulilah keputusan ujian darah beliau adalah seperti di bawah :-

a) Laporan perubatan sebelum pengambilan Madu lebah bertarikh : 6/4/2009

Berat badan : 67 kg
ukuran pinggang : 88cm
tekanan darah : 110 : 70
Aras Gula : 15.5

b) Laporan perubatan selepas pengambilan Madu lebah bertarikh : 9/7/2009

Berat badan : 65 kg
ukuran pinggang : 80cm
tekanan darah : 90 : 70
Aras Gula : 13.9

Tuesday, June 30, 2009

Wakil Pengedar

Tenaga Minda, Tenaga Fizikal dan Sihat Dengan Khazanah Hutan Khatulistiwa : Madu Lebah Tualang Tulen

Perintah Allah makan Madu : Surah An Nahl :ayat 69‘Makanlah dari tiap-tiap(macam)buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan(bagimu).Dari perut lebah itu keluar minuman(madu) yang bermacam-macam warnanya,di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda(kebesaran Tuhan)bagi orang-orang yang memikirkan.’

Mencegah Lebih baik daripada mengubati

1. Cara Pengambilan Kesihatan:- 1@2 sudu madu diminum menggunakan sudu plastik atau tuang pada tapak tangan kemudian di sisip. Sebaiknya sebelum sarapan atau ketika perut kosong. Amalkan setiap pagi&malam. InsyaAllah mencegah & merawat segala penyakit.

2. Cara Pengambilan Khusus:- Penawar Batuk : minum 1@2 sudu, campur dgn perahan sebiji limau nipis bagi batuk serius

3. Masalah buasir: air ibu kunyit campur dengan madu

4.Tenaga batin:telur kuning ayam kampung campur dengan madu

5. Resdung: 2 sudu pagi & malam. 2-3 titik sapu di hidung & muka.

6. Diebetis / Kencing manis : Jus pegaga segar ( seikat boleh dapat 2 gelas) dicampur dengan Madu.

*Sumbangan kepada Madrasah Hafiz Anak Yatim.

Harga : Isipadu 225ml Harga: RM25
Isipadu 450ml Harga: RM50

Wakil Pengedar

Selangor, Sepang : Pn Rohani bt Jaafar; no. tel: 019-3727834

Selangor, Bandar Seri Putra : En Mohd Asyraf Bin Ishak; no. tel: 014-7118349

Negeri Sembilan, Nilai : En Mohd Asyraf Bin Ishak; no. tel: 014-7118349


Pulau Pinang : En Yusof Bin Mansor; no. tel: 019-4523176

Pulau Pinang, Bayan Lepas: En Mohd Yazid Bin Yusof; no. tel :0124951490

Johor : Johor Baru : Tn Hj Mazlan Ismail : 019-6210497

Wednesday, June 17, 2009

Perkembangan baru dalam usaha Kajian Perubatan menggunakan MADU LEBAH TUALANG

Berita Harian

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Datuk Shariff Abdul Aziz (duduk,kanan) bersama Dekan Fakulti Patologis dan Pendidikan Perubahan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian Prof Dr Nor Hayati Othman (tengah) menunjukkan madu Agromas keluaran Fama ketika sidang akhbar. Hasil kajian universiti mendapati madu lebah tualang boleh meningkatkan tahap imunisasi badan terhadap serangan sebarang penyakit.
Foto: Zahari Razak
USM Temui Khasiat Madu Lebah Untuk Rawat Luka Bernama, 6 Feb 2008 KHASIAT MADU…

KOTA BAHARU, 5 Feb (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini mengumumkan penemuan baru khasiat madu lebah yang didapati boleh mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan rasa sakit.

"Ini adalah penemuan awal dalam kajian oleh pensyarah USM terhadap khasiat madu lebah, khususnya Madu Tualang, setakat ini," kata Dekan Fakulti Patologis dan Pendidikan Perubahan USM Prof Nor Hayati Othman.
Beliau berkata USM dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) membuat 20 kajian terhadap Madu Tualang sehingga ini dan mendapati ia memberikan kesan positif kepada tubuh manusia.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat khas berhubung khasiat madu lebah, katanya madu lebah itu didapati mempunyai khasiat yang tinggi dan boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit.

Beliau berkata antaranya termasuk berupaya melewatkan menopaus di kalangan wanita berusia, merawat penyakit diabetis, menguatkan tulang dan meningkatkan hormon di dalam badan wanita.

Nor Hayati berkata Fama akan menjadi pembekal madu tualang untuk kajian jangka panjang yang dibuat oleh USM, dan menurutnya untuk tahun ini pihaknya memerlukan 1,300 kilogram madu tualang bagi tujuan itu.

-- BERNAMA

Wednesday, May 20, 2009

Total Healtcare Product- DCL

Sila layari produk kesihatan dan rawatan De Classic Life (M) Sdn Bhd

http://www.dcl.com.my/Produk-Kami.html

Untuk Tempahan Sila Hubungi 013 3019861

Friday, April 10, 2009

Khasiat Madu Lebah Tualang Asli

Dengan Izin Allah S.W.T: Madu lebah Tulen dapat menyembuhkan penyakit-penyakit berikut:-

Lelaki & Wanita
1.Melancarkan perjalanan haid.
2.Menghilangkan keputihan.
3.Membantu menerangkan penglihatan.
4.Memulihkan tenaga zahir & batin.
5.Masalah buah pinggang & pundi kencing.
6.Memulihkan tenaga secara menyeluruh
7.Meningkatkan prestasi mental.
8.Mengurangkan kolestrol dalam badan.
9.Memperlahankan proses penuaan.
10.Menegangkan permukaan kulit terutama di bahagian muka.

Lain- Lain Penyakit

Diabetes
Mati pucuk
Darah Tinggi
Kanser
Resdung
Lemah Jantung
Lelah @ asma
Melawas 2 saluran
Batuk & kahak
Mengeluarkan angin
Kelesuan
gangguan Gout
saraf & sendi

UJIAN KEASLIAN MADU LEBAH

1.Titiskan madu di atas kertas. Madu asli tidak akan tiris iaitu basah di permukaan sebelah.

2.Asingkan telur kuning dari putih telur. campur 2 sudu besar madu lebah bancuhkan, kuning telur akan masak sekiranya kandungan sulfur tinggi dalam madu. Sekiranya kuning telur tidak masak ia tidak bererti madu itu tidak tulen, perlu uji ujian lain. Ia bergantung pada jenis tanah dan dikawasan mana pokok yang mengeluarkan bunga itu.

3.Ambil sesudu madu, kemudian masukkan ke dalam air putih dalam gelas jernih. Madu Asli lebih tumpat daripada air, maka ia jatuh laju ke permukaan bawah tanpa larut.

4.Ambil sebatang mancis dan sapukan Madu Asli di bahagian belerang kemudian goreskan manis tersebut.Ini akan menjadikan mancis menyala.

5.Masukkan madu ke dalam plastik aiskrim.Kemudian simpan di dalam freezer. Madu Asli tidak akan beku atau keras.(Madu kenyal seperti agar-agar/jeli dan cair selepas 10 minit di keluarkan dari freezer)

6. Tuang pada tapak tangan lebih kurang satu sudu bau aroma madu dan rasa. Anda tentu dapat merasa perbezaan rasa madu dari bunga. Kemudian ramas ia tidak melekit. Sekiranya ianya gula ia akan melekit membuatkan anda mencari air untuk membasuhnya.

7. Madu lebah adalah dari klas gula tetapi ia bukan dari jenis gula tebu dan gula kabung yang diklaskan gula komplek, tetapi madu adalah dari manisan bunga yg telah diproses dalam perut lebah menjadi gula ringkas. Bau mereka tentu berbeza, ada jenis semut yang degil akan datang medekati walaupun madu asli kecuali madu yang dari bunga yg mempunyai bahan panas. (Sila lihat senarai bahan dalam madu dan jenis jenis bunga sepanjang tahun).

8. Dalam istilah sains sekarang madu berstruktur nano atau lebih kecil lagi, ia dapat menyerap masuk ke kulit manusia dan tidak meninggalkan kesan melekit . Oleh yang demikian tak hairan lah pusat kecantikan menggunakan madu lebah tualang dalam campuran mask atau bahan untuk rawatan muka.

Pengetahuan Umum Madu Lebah

Jenis-jenis Lebah Madu
1. Spesies-spesies yang telah boleh dipelihara/ternak
1.1 Apis cerana
Apis cerana merupakan lebah madu asli Asia yang menyebar mulai dari Afganistan, China, Jepun sampai Indonesia. Cara ternaknya sebagian besar masih tradisional, yaitu di dalam kotak. Ternakan secara modern iaitu didalam kotak (steuep) yang dapat dipindah-pindahkan. Produksi madu Apis cerana dalam setahun dapat menghasilkan 2 – 5 kg madu per koloni.

1.2 Apis mellifera
Apis mellifera merupakan lebah madu import dari Italia yang memiliki temperamen tidak ganas, mudah diternak dan ukuran tubuhnya lebih besar dari Apis cerana. Produksi madunya sangat banyak iaitu dalam setahun dapat mencapai 20 – 60 kg madu per koloni. Spesies lebah madu ini sangat sesuai untuk usaha ternak lebah madu untuk skala komersial.

2. Spesies-spesies lebah madu yang belum dapat dipelihara/ternak
2.1 Apis dorsata
Apis dorsata hanya berkembang di Asia seperti; India, Philipina, China dan Indonesia. Madu dari spesies ini dikenal sebagai madu alam atau madu hutan. Di Indonesia spesies lebah madu tersebut hanya terdapat di pulau Sumatera, Maluku, Irian Jaya, Kalimantan, Sulawesi, Nusa Tenggara Barat dan Nusa Tenggara Timur. Sarang Apis dorsata dibangun secara tunggal dengan sisiran sarang hanya selembar. Sarang tersebut digantung dicabang pohon dan tebing batuan. Produksi madunya dalam setahun dapat menghasilkan 15 - 25 kg madu per koloni.

2.2 Apis florea
Apis florea terdapat di Oman, Iran, India dan Indonesia. di beberapa tempat lebah madu Apis florea dapat hidup bersama-sama dengan Apis mellifera, Apis cerana dan Apis dorsata. Produksi madunya dalam setahun hanya sekitar 1 – 3 kg madu per koloni.


Mengapa Madu ini tidak boleh disimpan di dalam peti ais?

Madu paling baik disimpan dalam suhu lebih kurang 20 darjah Celsius.Madu ini mempunyai sifat higroskopis iaitu berupaya menyerap lembapan dan cairan dan ini baik bagi penggunaan mengawal kanak-kanak yang kencing semasa tidur. Madu ini juga membantu untuk tidur yang lebih nyenyak kerana sifat sedatifnya (menenangkan saraf) yang lembut. Madu juga mempunyai sifat laksatif yang ringan. Apabila madu disimpan di dalam peti ais, sebahagian dari sifat dan keupayaan semulajadinya akan berkurangan dan akan menyebabkan nilai perubatannya turut berkurang. Adalah satu perkara yang merugikan jika ini berlaku sedangkan madu ini tidak pun akan menjadi rosak jika disimpan ditempat yang biasa kita menyimpan gula dan garam. Asal sahaja kita tidak membiarkan ia terdedah kepada udara dan serangga.

Ada orang mengatakan madu asli tidak akan didekati oleh semut?

Kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali. Madu mengandungi manisan/gula. Walau bagaimanapun manisan/gula ini tidak sama dari segi bentuk/struktur semulajadinya. Gula madu tidak sama dengan gula tebu (sukrosa). Gula madu terdiri dari Dekstrosa dan Levulosa dalam sekitar (75-83%). Dekstrosa boleh segera diserap ke dalam darah manakala Levulosa lebih lambat sedikit bagi mengawal keseimbangan gula dalam darah. Oleh yang demikian adalah mustahil sama sekali semut tidak mendekati madu ini.

Madu tempatan mengandungan sulfur dan kuprum yang lebih tinggi dalam madu tempatan menyebabkan madu ini bersifat panas, justeru itu semut yang mempunyai deria sensitif tidak akan memasuki tapi ada jenis semut tertentu mendekati madu tempatan tetapi tidak masuk kedalam madu.

Apakah kelebihan Madu berbanding gula dalam bentuk lain?

1. Madu tidak mengganggu saluran pencernaan.
2. Mudah dan cepat diasimilasi (proses menukarkan makanan berzat kepada tisu hidup).
3.Cepat memenuhi permintaan tenaga.
4.Meningkatkan kemampuan para olahragawan dan orang-orang lain yang memerlukan tenaga baru dalam waktu yang relatif singkat.
5. Dari segala bentuk gula yang ada, madu merupakan yang paling mudah ditangani oleh ginjal.
6. Mempunyai kesan laksatif ringan dan bersifat semulajadi.
7. Memiliki nilai sedatif yang menenangkan tubuh.
9. Secara relatif ia tidak terlalu mahal.

Mengapakah Madu ini lebih baik dimakan begitu sahaja tanpa dicampur ke dalam air?
Madu secara semulajadinya telah dijadikan Allah untuk diminum terus kerana ia telah dicernakan di dalam perut lebah terlebih dahulu. Apabila dicampur ke dalam air, tentu sekali sifat semulajadinya akan terjejas atau menjadi cair khususnya dari segi nilai perubatannya. Oleh yang demikian dicadangkan bagi orang dewasa dan kanak-kanak, minumlah madu secara terus mengikut sukatan yang dicadangkan manakala bagi bayi dicadangkan madu tersebut dicampur sedikit air untuk memudahkan proses pengambilan. Risalah berkenaan cara pemakanan Madu berdasarkan testimoni pengguna yang telah sembuh setelah mengikut cara yang disyorkan itu.

KANDUNGAN UMUM MADU LEBAH

Air/ Water 16-25%
Clevulose & Dextosure 75-83%
Sukros/ Sucrose 5%
Dextrin, Maltose, Gum 1-12%
Galian/ Minerals 0.25%
Lain-lain/ Others 20.75%